Bertangas


Tahukah anda dengan bertangas,dapat merawat dan menyihatkan badan sekaligus memberikan kebaikkan kepada alat sulit wanita. Penjagaan tempat sulit adalah paling penting buat wanita khususnya kepada mereka yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimnya amalan bertangas ini di amalkan ketika wanita dalam pantang.

 

Antara ramuan yang selalu digunakan untuk bertangas adalah seperti halia tua, serai wangi, sirih, lengkuas, jintan hitam, halba dan dedaun yang digunakan untuk mandi sebagai contoh rempah ratus dan bunga-bungaan, asam gelugur dan manjakani. Kesemua bahan-bahan ini mengeluarkan aroma yang tersendiri untuk menyegarkan badan anda termasuk bahagian alat sulit.

 

Disini terdapat beberapa panduan yang boleh anda ikuti untuk menyediakan tangas.

 

 Perkara yang anda perlukan adalah menyediakan kerusi berlubang untuk duduk, bekas untuk meletakkan ramuan bertangas dan kain untuk menutup badan semasa bertangas.

 

Cara membuat tangas pula adalah rebus ramuan-ramuan pilihan bersama air sehingga mendidih (ramuan boleh juga dimasukkan ke dalam kain ketika merebusnya). Dalam keadaan panas hingga mengeluarkan asap, angkat bekas yang mengandungi air rebusan bersama bungkusan ramuan dan selepas itu anda boleh berdiri atau duduk di kerusi di atas bekas yang berasap tadi untuk melakukan amalan bertangas.

 

Bagi kesan yang lebih baik, anda berselubung seluruh badan supaya rasa hangat meresap pada seluruh badan dengan mudah. Lakukan kira-kira 20 minit atau setengah jam dan seminggu sekali dalam tempoh pantang dan dilakukan selepas mandi. Manakala air rebusan tangas yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.

 

Secara ringkasnya setelah anda mengamalkan bertangas ini anda akan mendapati bahawa otot vagina semakin mengetat, peranakan sihat, masalah keputihan dan darah beku dirawat, berlaku pengecutan rahim dan otot rahim bertambah kuat, luka dan jahitan sembuh dengan segera, bau hanyir hilang, urat kendur mulai segar, vagina kian menyempit dan mengecut ke keadaan asal, kebas badan dinyahkan dan toksin dalam badan hilang. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Year End Sale

SLIMMING TEA

Meakey Refreshing Cleanser