PETUA LAGI

Petua

> . BEAUTY . <



1 ) MENGECUTKAN JERAWAT .


♫ Hmm . macam mana nak kecutkan jerawat ? Meh Cikk Chocolate tolom ajarkan .


Cara pertama : Tumbuk sehelai daun sirih muda hingga lumat . Tampalkan ke muka yang telah dibersihkan dengan air panas suam supaya kulit menjadi lembut . Biarkan kering . Kemudian basuh dan lap dengan kain bersih .


Cara kedua : Asah kulit kayu manis sebesar jari kelingking pada waktu malam sebelum tidur kemudian campurkan dengan sedikit madu .Jadikan sebagai masker dan cucilah pada pagi keesokan harinya . Lakukan 3 hari seminggu .


2 ) MENGELAK DARIPADA JERAWAT BERBEKAS


♫ Kebiasaannya ramai yang bimbang jika ada jerawat . dan bimbang jika jerawat tu meninggalkan kesan pada wajah kita .


Cara yang afdal ialah bancuh tepung kanji dengan putih telur . Lepas tu sapukan pada jerawat yang baru saja timbul  pada muka . InsyaAllah , jerawat akan hilang dan tidak akan meninggalkan kesan .


3 ) MENGHILANGKAN BINTIK HITAM


♫ Bintik hitam semeangnya sukar untuk dihilangkan .  Jadi , bagi menghilang pigmentasi , ada 6 cara . Tetapi Emy hanya kongsi 3 cara sahaja .


Cara pertama : Belah limau nipis , perah airnya dan campurkan dengan sedikit garam pada bahagian berbintik hitam dan biarkan lama sebelum membilas muka korang dengan air .Amalkan petua ni setiap hari .


Cara Kedua : Gaulkan satu sudu minyak zaitun dengan sebiji tekur . Sapukan ke muka selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam .


Cara ketiga : Parut sebiji timun hingga hancur . Campur parutan tadi dengan tepung jagung . Apabila sebati , sapukan ke seluruh muka dan biarkan hingga kering . Amalkan setiappagi . Hasilnya , kulit akan lebut dan bintik hitam akan berkurang , InsyaAllah ..


4 ) MENGHINDARI JERAWAT


♫ JERAWAT ! urgh ! Emy sendiri pom mmg benci gilaa jerawat . selalu je singgah kat hidong emy . Bila emy dapat tahu petua ni . Jadi , emy nak kongsi .. . .


Ada beberapa cara yang boleh kita amalkan . Tapi emy bagitao 3 cara sahaja , keyy ..


Cara pertama : tumbuk beberapa helai daun sirih dan beras sehingga lumat ( kot iyee pom , basuh le dulu beras tu . kang kotor ) . Lepas tu korang campur dengan sedikit ayaq sejuk . Sapu kat muka korang sebelum tido ..


Cara kedua : Parut sengkuang kemudian tapis dan biarkan patinya mendap . Ambil patinya dan sapukan pada muka korang . Buat setiap malam taoo ..


Cara ketiga : Giling beberapa helai daun jambu batu sehingga halus . Pakai bersama bedak sejuk . Amalkan selalu .


5 ) HILANGKAN JERAGAT


♫ Jeragat dengan bintik itam nehh kira adex beradex kandung lha . HAHA . menyemak aje kat muka tiap2 hari .


Jadi , ada 2 cara nak hilangkan jeragat .


Cara pertama : cuci tiga sudu beras bersama mata kunyit .tumbuk kedua-duanya sehingga menjadi serbuk . lepas tu bancuh dgn air limau nipis ( yg dah diperah ) atau putih telur dan lumurkan pada kulit . bila kering , basuh dgn ayaq suam .


Cara kedua : ambil putik jambu batu kemudian gosokkan di belakang lesung batu hingga jadi halus . lepas tu , koram sapu lha kat muka koram terutamanya dekat jeragat yg byk tuh . lepas kering , basuh dgn air suam .


6 ) MENGHINDARKAN PARUT DI MUKA


♫ Ada 4 cara nak hilangkan parut di muka .RTapi kasi tao 2 jek . kalo nak tahu lagi2 cara , silalah komen keyy ..


Cara pertama : Tumbuk kulit kayumanis sampai jadi serbuk . lepas tu campur dgn sedikit air. Sapu pada bekas jerawat .


Cara kedua : Kisar timun dan tapiskan airnya . Tampalkan hampas timun pada muka . birkan setengah jam . kendian(kemudian) cuci dgn air bersih .


7 ) MENCERAHKAN KULIT MUKA


♫ Ada 3 cara nak putihkan wajah . tapi emy kasitao dua jek dulu keyy .


Cara pertama : campur parutan lobak merah , kuning telur , sedikit air limau nipis (perahan limau nipis) sehingga sebati . kendian sapukan pada muka sampai kering . pastu korang basuhlah dgn air suam tanpa sebarang PEMBERSIH MUKA .


Cara kedua : campurkan tepung sagu dgn air . sapu pd muka spt memakai bedak sejuk . do it everyday ..


NANTIKAN PETUA MENGGEBUKAN WAJAH , MASKER BUATAN SENDIRI , MEMERAHKAN PIPI , PELEMBAB MUKA SEMULAJADI , MEMBERSIHKAN KULIT  MUKA , MELICINKAN KULIT MUKA &  BANYAK LAGI .


Kepada sesiapa yang sudi bertanya , silakan . selagi emy boleh tolom , emy tolom dapatkan petua untuk selesaikan masalah koram .


Mudah kan nak amalkan petua-petua tuh . Asal rajin , mesti akan dapat hasilnya .


But , bagi sesetgh individu yg malas nak amalkan petua . sebab tuh la korang tak dapat hasilnya . lepas tu mula lah kata petua tu tak menjadi . KAN ?? Kaum MELAYU memang banyak petua . Bersyukurlah menjadi orang MELAYU ..

Yang nie ciksue copy paste yea. Mintak halal yea.. Semoga mendatangkan kebaikan kepada kita semua

posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Year End Sale

SLIMMING TEA

Meakey Refreshing Cleanser