Tahukah anda dengan bertangas,dapat merawat dan menyihatkan badan sekaligus memberikan kebaikkan kepada alat sulit wanita. Penjagaan tempat sulit adalah paling penting buat wanita khususnya kepada mereka yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimnya amalan bertangas ini di amalkan ketika wanita dalam pantang. Antara ramuan yang selalu digunakan untuk bertangas adalah seperti halia tua, serai wangi, sirih, lengkuas, jintan hitam, halba dan dedaun yang digunakan untuk mandi sebagai contoh rempah ratus dan bunga-bungaan, asam gelugur dan manjakani. Kesemua bahan-bahan ini mengeluarkan aroma yang tersendiri untuk menyegarkan badan anda termasuk bahagian alat sulit. Disini terdapat beberapa panduan yang boleh anda ikuti untuk menyediakan tangas. Perkara yang anda perlukan adalah menyediakan kerusi berlubang untuk duduk, bekas untuk meletakkan ramuan bertangas dan kain untuk menutup badan semasa bertangas. Cara membuat tangas pula adalah rebus r...