Kenapa pentingnya Toner ( penyegar wajah )
Apa yang pencuci muka lakukan pada muka kita? Apabila kita mencuci muka, pencuci muka akanmenanggalkan segala kotoran dan menghilangkan minyak dalam liang-liang pori di kulit. Hasilnya, liang-liang pori akan terbuka selepas dicuci. Jika anda sekadar mencuci muka sahaja, kebarangkalian untuk liang pori anda semakin membesar ataupun muncul jerawat-jerawat halus adalah lebih tinggi dan membawa kepada masalah kulit kering dan kusam. Untuk mereka yang memakai solekan di muka, pencuci muka sahaja tidak memadai untuk membuang baki solekan di muka anda, Di sini pentingnya untuk menggunakan toner yang ramai orang suka skip. Kenapa Toner Penting Untuk Penjagaan Kulit Wajah ?(1) (1) Imbang pH kulit Kulit wajah kita adalah dalam keadaan berasid secara semulajadi di antara pH5~6. Rata-rata pencuci muka mempunyai sifat beralkali menyebabkan imbangan pH kulit terganggu selepas mencuci wajah. Jadi, kulit muka perlu bekerja lebih masa untuk mengembalikan pH asal dan mungkin membawa kepada masala...